Sunday, April 5, 2009

Biarlah YM Berbicara - Bab 15

KENAPA ni? Diam aja?”
Encik Firdaus bertanya
sambil berpaling.
Aku yang melangkah longlai agak jauh di
belakangnya, terhenti. Encik Firdaus memandang wajahku.
Menunggu jawapan.
“Penatlah encik,” jawabku lemah. Memang penat
setelah hampir dua jam berjalan ke sana ke sini. Tetapi,
bukan itu punca aku berdiam diri. Masih ada rasa jauh hati
yang mengganggu perasaan. Merajuk sendiri. Entah kenapa,
kemesraan di antara Encik Firdaus dengan Mia benar-benar
menggangguku saat ini.
“Laaa.. last task dah ni.”
Aku mengukir senyum yang tidak begitu
bersemangat. Muka pun, aku buat-buat tidak bermaya. Biar
Encik Firdaus menyangka aku benar-benar penat.
“Awak nak quit ke? Give up dan kita balik?”
“Tak adalah macam tu. Takkan dah last task nak
give up kut. Buang masa ajalah kita terkejar sana sini tadi.


Tapi, kalau Encik Firdaus nak berhenti setakat ini, pun, boleh
juga. Saya tak kisah langsung!”
Encik Firdaus ketawa mendengar jawapanku.
Kelakar ke? Entahlah. Encik Firdaus menghampiriku.
“Let’s go. Kita habiskan. Lepas tu, kita rehat puaspuas.”
Aku tersengih. Yalah… cakap memang senang. Tak
tahu lutut aku rasa macam dah longgar sangat dah ni. Mahu
pengsan aku kat sini.
“Come!” Dia bersuara sambil mencapai jemariku.
Gulp! Jantungku berdegup tiba-tiba. Sentuhannya
membuat aku berdebar-debar lagi. Debaran yang sama
seperti saat aku terlanggar dia dahulu. Saat dia menyentuh
dahiku dahulu. Saat dia menggenggam jemariku dahulu.
“Come,” ulangnya sekali lagi apabila melihat aku
masih kaku di situ.
Aku sedikit tersentak. Wajah terasa membahang.
Malu apabila dia menyedari aku sedang melayan perasaan.
Aku menarik tanganku sambil tersenyum.
“Okey. Jom!” ujarku sambil melangkah laju
meninggalkan dia di belakang.
“Amboi lajunya... tunggu saya dulu!” Encik Firdaus
bersuara sambil mengejarku. Dia tersengih apabila sudah
berada di sebelahku. Berjalan beriringan mencari petunjuk
seterusnya.
“What are we looking for, actually ha?” soal Encik
Firdaus selamba.
Laaa… dia tak tahu ke? Aku buka petunjuk terakhir
yang ada di tanganku.
“Mencari nota untuk sampai ke port terakhir kat
information board. So, kita kena cari information boardlah,”
ujarku.
“Information board ya?” Encik Firdaus melilau
mencari-cari information board barangkali.
“Encik rasa kita boleh menang ke? Saya rasa macam
nak kalah aja ni. Dah berjam-jam dah ni. Entah-entah dah
ada pasukan lain yang sampai kat garisan penamat.”
“Menang atau kalah, tu tak penting. Yang penting
kita jangan give up. Semangat tu yang paling penting.”
Wah! Bersemangat betul Encik Firdaus ni. Malu pula
aku mendengarnya.
“Okey!” jawabku sepatah.
“Tu… I rasa tu yang kita cari.”
Aku pandang ke arah tempat yang Encik Firdaus
tunjuk. Information board. Mungkin juga. Lagipun, dari tadi
cuma ini saja yang kami temui. Betullah tu!
Aku mengatur langkah, mengekori Encik Firdaus
yang berlari kecil ke arah information board yang
dimaksudkan. Mencari-cari di sekitar kawasan itu, sesuatu
yang mungkin merupakan nota yang diletakkan untuk kami.
Dalam kepenatan, aku turut sama meninjau sekeliling,
mencari-cari dengan malas. Kalau lambat jumpa pun tak apa.
Boleh aku lepak-lepak kat sini lama sikit. Bolehlah hilangkan
penat. Aku tersenyum. Semangat macam ni, memang sah
kami akan kalah.
“Yes! I got it. Lastly, saya yang jumpa note ni!”
Cukup girang suara Encik Firdaus sambil menayangkan
sampul surat berwarna ungu.
Aku tersenyum lucu. Sukanya dia! Memang patut
pun dia gembira. Sejak dari mula tadi, asyik aku saja yang
terjumpa nota dulu. Inilah baru kali pertama dia yang jumpa.
Aku mendekatinya. Menunggu dia membuka
sampul surat yang akan memberitahu destinasi terakhir
kami. Dia melayangkan sampul itu di hadapanku sambil
tersengih. Hai, tak habis lagi ke gembiranya? Cepat-cepatlah
buka Encik Firdaus. Kata nak cepat balik… hatiku sedikit
merungut.
“Bukalah, encik.”
“Buka apa?” Encik Firdaus mengajukan soalan
bodoh bersama sekuntum senyuman nakal.
Senyuman yang membuat aku kembali berasa
istimewa di sisi Encik Firdaus. Aku tersengih macam kerang
busuk. Loyar buruk pula dia! Perlahan Encuk Firdaus
membuka sampul di tangannya.
“Alamak!”
“Kenapa, encik?” soalku sedikit hairan melihat riak
wajah Encik Firdaus yang terkejut. Kali ini giliran dia pula
yang tersengih macam kerang busuk.
“Nothing!”
“Apa the next instruction?”
“Anda dikehendaki berjalan lebih kurang lima ratus
meter dari sini, ke arah utara. Anda akan menemui sebatang
pokok akasia. Ada sesuatu untuk anda di atas pokok itu.
Dapatkannya,” bacanya dengan pelbagai nada dan pelbagai
mimik muka.
Aku tergelak kecil. Sukanya melihat gelagat Encik
Firdaus.
“So, shall we? Kita kena cari pokok akasia ni.”
“Okey... saya ikut aja.”

“Mana satu arah utara ni?” soalnya sambil
memandang wajahku.
Aku buat muka blur. Mana aku tahu… ada ke tanya
aku.
“Mana saya tahu, encik. Encik pun tak tahu ke?”
soalku lurus bendul. Ini baru betul. Kalau dah dua-dua tak
tahu, perfect partner betul kami ni. Perfect partner paling
tidak boleh dipakai.
Encik Firdaus mengukir senyum. Dia berdiri sambil
mengangkat tangan kanan, kemudian tangan kiri. Berlagak
mencari-cari arah.
“My instinct said, that way,” ujarnya sambil mula
mengatur langkah.
“Encik biar betul. Ada main instinct pula. Seriuslah
Encik Firdaus. Kang, tak pasal-pasal penat free kalau salah
arah. Lutut saya dah nak berderai dah ni!”
Encik Firdaus ketawa. “Betullah. That way…”
Lega. Ingatkan Encik Firdaus betul-betul tidak tahu
tadi. Aku mengekori langkah Encik Firdaus. Berjalan dan
berjalan sehingga hilang minat untuk bersuara. Penatnya!
jerit hatiku sekuat-kuatnya.
“Saya rasa pokok tu kut,” Encik Firdaus tiba-tiba
berhenti sambil menunjukkan ke arah sepohon pokok.
“Bukanlah... tu pokok palma. Kita cari pokok akasia,”
bantahku sambil mengesat peluh di dahi. Encik Firdaus ni,
jenis pokok pun tak kenal ke?
“Bukan ya? Dah tu mana pokok akasia? Dah dekat
lima ratus meter kita jalan ni.”
“Kejap saya cari.” Aku bersuara sambil meninjau
kawasan sekeliling.

“Tu ha!” Aku menuding jari ke arah sebatang pokok
akasia yang agak rendang.
“Mak oiii… tingginya. Nak kena panjat ke ni?”
“Tak payah. Kan ada lif tu!” Aku menjawab selamba.
Encik Firdaus tergelak malu.
Aku berlari kecil ke arah pokok akasia yang
dimaksudkan. Meninjau-ninjau cara untuk memanjat.
“So, saya kena panjatlah ni, ya?” Encik Firdaus
bersuara dari belakangku.
Aku berpaling kemudian mengangguk perlahan.
Sambil menggaru-garu kepala, Encik Firdaus
menghampiri pokok tersebut.
Aku memandang cara Encik Firdaus memanjat.
Macam tak pandai aja…
“Boleh ke encik? Encik pandai ke tak ni?”
“Boleh. Saya pandailah…”
Okey. Aku diam dan terus memerhati Encik Firdaus
yang terkial-kial memanjat. Memegang dahan demi dahan
dengan gaya yang amat susah. Aku tersenyum lucu.
“Encik!!!” Aku terjerit kecil melihat Encik Firdaus
mahu memegang satu dahan yang kelihatan sedikit reput.
Belum sempat aku bersuara memberi amaran, tangannya
telah mencapai dahan itu. Dan, buk! Alamak! Encik Firdaus
jatuh laaa.
“Aduh!” Dia menjerit sakit.
Aku berlari ke arahnya yang terbaring di atas tanah.
Apa aku nak buat ni?
“Encik okey? Kat mana sakitnya,” soalku cemas.
Encik Firdaus cuba bergerak.


“Saya rasa okey kut.”
“Encik sebenarnya pandai memanjat ke tak?”
Encik Firdaus tersenyum.
“Sebenarnya saya tak pandai…” jawabnya malumalu.
“Laaa.. kenapa tak cakap?” soalku sambil mengeluh
panjang. Nak tunjuk macho depan aku rupa-rupanya tadi.
Patutlah muka bukan main terkejut lagi bila dia membuka
sampul tadi. Tidak pandai memanjat rupa-rupanya…
“Dah tu, takkan awak pula nak panjat.” Dia bersuara
sambil cuba bangkit. Dia menyeringai kesakitan. Ah, sudah!
Kenapa pula ni?
“Kenapa, Encik Firdaus?”
“My leg…”
“Terseliuh ya?”
Encik Firdaus mengangguk.
Aku termangu di hadapan Encik Firdaus.
“Sekarang macam mana? Lupakan petunjuk
terakhir ni?” soal Encik Firdaus sambil menatap wajahku.
Aku bergerak menjauh dari Encik Firdaus, sambil
berfikir-fikir.
“Biar saya panjat. Dah alang-alang kat sini, kita cari
ajalah. Biar berbaloi dengan sakit kaki Encik Firdaus ni.”
“Awak nak panjat?” soal Encik Firdaus terkejut.
Aku mengangguk sambil berdiri.
“Boleh ke?”
“Saya dulu, juara panjat pokok kat kampung, Encik
Firdaus. Cuma sekarang ni, dipencenkan sebab mak saya tak


bagi. Risau tak ada siapa nak masuk meminang saya katanya,”
ujarku sambil tergelak.
Encik Firdaus turut tergelak. “Tak sangka awak ni,
lasak juga ya?”
Aku tersengih sambil bergerak ke pokok akasia
yang merendang.
“Careful,” Encik Firdaus berpesan.
Aku tersenyum sambil mula memanjat. Pokok yang
sederhana tinggi dan agak rendang, memudahkan aku
memanjat, sambil mata melilau mencari sampul surat
terakhir.
“Jumpa?”
Aku pandang Encik Firdaus yang tersandar sambil
menjulurkan kakinya yang sakit. Aku menggeleng sambil
mata terus melilau. Dan, mungkin… memang rezeki kami,
mataku tertangkap satu lagi sampul berwarna ungu diselit di
celah-celah dahan.
“Saya dah jumpa!” teriakku sambil menghulurkan
tangan untuk mencapai sampul tersebut.
“Good!” Terdengar suara Encik Firdaus dari bawah.
Sampul aku capai. Bersandar sambil bersedia untuk
membuka sampul di tangan.
“Helo… kut ya pun, turunlah dulu. Takkan nak baca
kat atas tu.”
Aku tersengih. Lupa pula. Perlahan aku bergerak.
Aku sudah hampir sampai ke bawah apabila tiba-tiba
tanganku terpegang sesuatu yang lembik. Yang membuat
aku geli-geleman tiba-tiba. Yang membuat aku menjerit kuat.
Terlepas peganganku dan aku selamat mendarat di atas
Encik Firdaus, membuat lelaki itu menjerit seiring dengan


jeritanku. Mata aku pejamkan sambil terus menjerit. Geligeleman
masih terasa.
“Cool down. Kenapa ni?” soal Encik Firdaus dengan
nada sedikit risau.
“Ulat. Tolong buang. Tolong… tolong…!!!” Aku
menjerit sambil menghulurkan tangan. Ke arah mana aku
hulurkan aku pun tak tahu. Sebab mata masih aku pejamkan.
Takut untuk melihat kemungkinan yang bakal berada di
depanku. Aku memang fobia dengan ulat beluncas. Aku
tahu, aku terpegang ulat belucas tadi. Rasanya seperti masih
melekat di tanganku.
“Mana ada? Open your eyes…” Encik Firdaus
bersuara sambil memegang tanganku.
Perlahan-lahan aku membuka mata. Membiarkan
air mata ketakutan membasahi pipi. Benda pertama yang aku
pandang ialah wajah Encik Firdaus yang kesakitan. Dan aku?
Aku berada di atas ribanya. Alamak!
“My leg…” Encik Firdaus bersuara tertahan.
Aku melompat dari riba Encik Firdaus. Kesiannya…
sudahlah kakinya sakit, aku pula boleh terjatuh di atas
kakinya yang sakit itu.
“Sorry, Encik Firdaus. Sorry sangat-sangat…” kalut
aku meminta maaf sambil mengesat air mata yang
membasahi pipi.
Encik Firdaus tersenyum sambil memandang
wajahku. “Juara panjat pokok pun, takut ulat beluncas ke?
Sampai menangis takutnya ya?”
Mendengar perkataan ulat beluncas, membuat aku
terjerit sekali. Menggigil badanku menahan rasa geli pada
makhluk tidak bertulang itu. Makhluk yang paling aku benci.


Encik Firdaus tergelak. “Hai, dengar nama pun
takut?”
“Dahlah Encik Firdaus. Tak naklah cakap pasal
benda alah tu. Tak suka!” Aku bersuara sambil menggosok
punggungku. Baru terasa sakit.
“Okey. So sekarang, baca apa yang ada dalam
sampul terkhir kita ni.”
“Haah.” Aku menjawab dengan nada yang kurang
ceria. Rasa terkejut belum betul-betul hilang lagi. Hajat hati
hendak tunjuk hebat pada Encik Firdaus tetapi, seperti Encik
Firdaus, aku pun gagal juga. Ini semua gara-gara ulat
beluncas tu! Menyampah betul! Aku bergerak ke sebelah
Encik Firdaus. Agak jauh dari pokok akasia yang baru aku
panjat. Bimbang kalau-kalau mataku tertangkap pula
makhluk yang aku benci tadi. Perlahan aku membuka sampul
surat.
“Bacalah,” gesa Encik Firdaus.
“Tahniah! Anda berjaya melakukan semua tugasan
yang telah diberikan. Mungkin anda adalah ‘Perfect Partner’
yang kami cari. Jadi, apa yang perlu anda lakukan ialah, bawa
semua sampul surat yang anda miliki ke meja penamat
secepat mungkin. Kalau anda adalah perserta pertama yang
sampai, tahniah. Anda adalah ‘Perfect Partner’ yang dicaricari.”
Aku menarik nafas sedalam mungkin, selepas
menghabiskan bacaan di dalam satu nafas. Duduk bersila di
sebelah Encik Firdaus sambil menongkat dagu. Bagaimana
kami hendak pulang ke garisan penamat, dengan keadaan
Encik Firdaus macam tu?
“Macam mana ni, encik? Encik boleh berjalan ke tak
ni?”

Encik Firdaus diam seketika sambil cuba
menggerakkan kakinya. “Kalau awak tolong papah, rasanya
boleh.”
Bulat mataku memandang wajah Encik Firdaus.
Secara spontan, jari telunjuk aku halakan ke muka sendiri.
“Saya?” soalku tidak percaya. Aku hendak papah
Encik Firdaus yang saiz badannya besar berganda-ganda
daripada saiz badan aku tu? Penatlah aku!
“Yalah!”
“Encik Firdaus telefonlah sesiapa. Suruh datang sini.
Saya tak laratlah Encik Firdaus…” Aku bersuara sambil buat
muka kasihan.
“Hmmm… telefon orang? Kalau bukan sebab awak
jatuh atas saya, saya masih boleh jalan tadi. Tapi, awak dah
kronikkan injury saya ni, bila awak jatuh atas riba saya. So,
awak kenalah bertanggungjawab!”
Macam tu ke? Aku pandang muka Encik Firdaus
lama. Buat muka kasihan lagi. Minta-minta lembutlah hati
bos aku ni. Mana larat aku nak papah dia sejauh ini.
Encik Firdaus tersenyum. “Buat muka kesian ya?”
Aku tersengih sambil mengalihkan pandangan dari
wajah Encik Firdaus.
“Hmmm… mana ada phone nak call mereka. Awak
dah lupa ke? Kan tak boleh bawa handphone!”
Oh ya! Aku lupa. Syarat pertandingan tidak boleh
membawa bersama telefon bimbit. Apa nak buat sekarang
ni? Betul-betul buntu ni.
“Dah tu, macam mana ni, encik? Dah petang ni.
Takkan nak bermalam kat sini. Tak naklah saya. Nanti datang
hantu kang...”

“Ada dua pilihan. Duduk sini, tunggu mereka
datang. Kalau dah pukul tujuh kita tak sampai lagi, mesti
mereka akan cari kita. Pilihan kedua, kita bergerak perlahanlahan.
Tapi, awak kena tolong sayalah.”
Aku termangu. Tolong papahlah tu. Dahlah
badannya besar, mesti berat tu. Malaslah aku nak papah.
“Kita tunggu ajalah!” Akhirnya aku membuat
keputusan yang paling menguntungkan aku. Mana tahu
kalau ada kelibat manusia, bolehlah minta tolong daripada
mereka.
Encik Firdaus menjongket bahu sambil tersenyum.
Buat seketika kami saling membisu.
“Nampaknya memang sah kita kalahlah,” Encik
Firdaus membuka bicara.
Aku tersenyum hambar.
“Dah bukan rezeki kita, nak buat macam mana?”
balasku sambil mencapai ranting kayu. Melorek-lorek sesuatu
di atas tanah berpasir.
“So, tak sedih ke?”
“Nak sedih buat apa? Nikan cuma satu permainan?
Lagipun, saya dah agak, kita memang tak akan menang.” Aku
bersuara sambil tergelak kecil.
“Oh... awak memang mempertikaikan kebolehan
saya ya?” soal Encik Firdaus sambil memandang wajahku.
Aku tersengih. Alamak! Tersasul pula.
Encik Firdaus pula tersenyum sambil menggeleng
perlahan.
“Boleh saya tanya sikit?” Encik Firdaus bertanya
sambil merenung wajahku dengan muka yang serius.

Aku terpaku seketika sebelum mengangguk
perlahan.
“Apa dia?” soalku melihat Encik Firdaus masih
berdiam diri. Kata nak tanya sesuatu.
“Awak dah ada steady guy?” soalnya lambat-lambat,
sambil terus menatap wajahku.
Wajahku tiba-tiba terasa pijar. Membahang. Kenapa
Encik Firdaus bertanya soalan yang di dalam kategori sulit
dan persendirian itu? Aku termangu.
“Hmmm… rasanya baik kita berjalan pelan-pelan la
Encik Firdaus. Duduk macam ni, rasa macam buang masa aja.”
Aku mengubah topik perbualan.
Encik Firdaus tersenyum kecil.
Aku pula, cepat-cepat mengangkat punggung.
Menghulurkan tanganku ke arah Encik Firdaus.
“Okey... kalau tu keputusan awak,” Encik Firdaus
bersuara sambil mencapai jemariku.
Aku menarik tubuh Encik Firdaus yang berat. Mak
oiii! Macam menyesal pula buat keputusan tadi. Dengan
susah payah aku memapah Encik Firdaus. Tidak apalah, asal
saja aku tidak perlu melayan soalan yang bukan-bukan
daripada lelaki itu.
“Penat ke?” soal Encik Firdaus setelah berjam-jam
kami berjalan. Sudah hampir sampai pun. Dari jauh kelihatan
rombongan dari syarikat kami, memenuhi kawasan yang
agak lapang yang djadikan garisan penamat. Memang sah,
semua orang sudah sampai agaknya.
“Penatlah… macam nak pengsan ni,” keluhku
dalam mengah. Tiba-tiba telingaku menangkap satu bunyi
dari poket seluar Encik Firdaus.


“Encik Firdaus... tukan bunyi…”
Aku pandang wajah Encik Firdaus yang tersengih.
Sengih orang bersalah.
“Ops... sorry. Lupa. Saya cuma bagi satu aja
handphone kat Lisa tadi. Lagi satu dalam poket saya.”
“Ha? Apa? Jadi, ada handphonelah?” soalku marah.
Spontan aku lepaskan peganganku pada Encik
Firdaus. Geram betul.
“Adiya!! Don’t let me…” Encik Firdaus separuh
menjerit.
Aku mula sedar kesilapanku. Aku tidak sepatutnya
melepaskan Encik Firdaus macam tu saja.
Encik Firdaus yang gagal mengawal badannya,
terus terjatuh ke atasku, dan aku pula turut terjatuh ke dalam
lopak bersama-sama Encik Firdaus. Aduh!!!
“... go!” Encik Firdaus sempat menghabiskan
ayatnya yang tergantung sambil menatap wajahku.
Aku terlentang di dalam lopak. Terkejut. Habis
badanku. Mesti sudah seperti anak kerbau berkubang ni.
Nasib baik berpasir, kalau tidak, mandi selut aku hari ni. Dan
Encik Firdaus pula bergerak ke tepi, turut terduduk di dalam
lopak. Aku cuba bangkit, tetapi, rasa sakit di kakiku,
membuat aku berhenti bergerak. Rasa pedih dan berdenyut.
Mata terasa berpinar melihat darah meleleh di betisku.
Banyaknya! Rasa macam nak pitam. Sekali lagi air mata
meleleh di pipi. Kenapa malang sangat hari ini?
“Kenapa pula ni?”
“Darah...” ujarku teresak-esak. Dari jauh aku melihat
beberapa orang berlari ke arah kami.
“Help me!” ujar Encik Firdaus sambil cuba bangun.


Johan bersama beberapa yang lain bergerak ke
arah Encik Firdaus dan tinggalkan aku seorang diri di sini.
“No! Help her first.”
Johan bergerak mendekatiku. “Awak okey?”
“Takkk… banyak darah….” Aku bersuara separuh
merengek. Sudah betul-betul pening melihat darah yang
memerah di betis.
Johan tunduk, sambil cuba membantu aku berdiri.
Lutut terasa betul-betul lemah, dan pandanganku menjadi
kabur.
“Adiya pengsan!!!”
Cuma itu saja yang sayup-sayup kedengaran di
telingaku. Setelah itu, aku tidak sedar apa lagi yang berlaku.

85 comments:

  1. geramm nye baca~~..cute btol en.firdaus tu...mcm bess je la org mcm tu...eee geramnye time baca part charming n uggly betty...rse nak gigit2 pc ni...ekekeke

    ReplyDelete
  2. azie dapatkan di pasaran.. lagi panjang

    ReplyDelete
  3. novel yang sangat menarik... ala... terhenti di situ... erm... charming yang sangat romantik... bestnye...............(siap leh imagine lagi)... hehehe

    ReplyDelete
  4. alaaaaaa..........
    ishk sedihnyer......
    nak sambungannyer......
    nak belila....
    he3 ye xye eh ok....
    yabas novel nie adalah novel yg ke5 yg btl2 sy minat
    syabas memang kaw2lah cerita nie nak2 lg
    name en.fir he3 secret.....
    tp mmg xnafikan org yg name die en.firdaus nie mmg cute... :D

    ReplyDelete
  5. mak aii best siot...x sabar nak beli>>
    kak hanni nak tye sket, kat sabah da ada ke???

    ReplyDelete
  6. pliz help me..>>>>
    kt sbh ni ade jual kt mane???!!..

    ReplyDelete
  7. kak hanni!!!! i love ur story.. bila nk wt novel bru lg ala2 romantik n jenaka..hehe.. lepas ni x mo dh pnjt pokok.. kte up sket pnjt bgunan..hahahah..ape2 pon sy xnk en.firdaus sy nk charming gak wlaupon org yg sme..haha.. en.firdaus tpoooo...hehehe.. tr excited lak..hahaha..all da best kak hanni!!!

    ReplyDelete
  8. best...tataw nape but my instinct kate yg charming tu en firdaus..

    ReplyDelete
  9. kiut le story ni..
    bab 16 xde erk..
    dh la gune name firdaus..
    name guzl dkt2 ngn name kite..
    hee~
    agk2 sume kdai buku ade jual x kluarn syrkt fajar..
    kene round 1 masjed india la cm nie..

    ReplyDelete
  10. percintaan charming n ugly betty...
    suratan r kebetulan..
    sebijik mcm percintaan maya aku...
    dialog pom lebih kurang sama..
    syg giler aku kt die..
    tp hubungan kami x lame...huhuhu

    ReplyDelete
  11. waaaaaa..kaco stim sungguh.
    xcited nk tau lebiyh lanjut niyh..
    x puah ati tol..
    terpaksa r berpuasa sampai pmr abiyh baru dpt beli nvel niyh..
    huhu...cedihnyerk..
    paper pun..i think charming ngan en. firdaus tu org yg sama kn2, kak hanni??
    congratulation to kak hanni coz buat hati sy tertarik nk beli novel ni.....

    ReplyDelete
  12. best giler x sbr nak tau ending citer ni

    ReplyDelete
  13. uwaaaaaaaaaaaaaaaaa........... T-T
    sambung la citer ne.. please...please kak hanni.. jgn la cm ne.. citer dier bezzz!!! adoiya.. sambung la citer ne.. spnjg ary mengadap laptop bca ne... kat mana boley beli kat ganu?? kedai banggol ada x???

    ReplyDelete
  14. ssh la na jmpe novel nih..
    da 2-3 kdai bku msok..
    tp xde lgsung novel nih...

    ReplyDelete
  15. bestnye cite ni..
    xde ke smbgn cite ni??
    lau leh tlg la upload cpt ckt ae...
    xsbr2 nk tau pe yg jd setrsnye..

    ReplyDelete
  16. best gler....
    rugi x beli..
    tp sye pn pnjm jer..
    tp klu beli mmg berbaloi-baloi...

    ReplyDelete
  17. ble nak continue lg ni. x sbr rasanya

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. nak lagiiii...........

    ReplyDelete
  20. Ada karang aku x leh pikir benda lain ...asik dok pikir ending cite ni je...Mencikk....

    ReplyDelete
  21. arrrr,mne smbungan??
    nk bace!nk bce!nk bce!
    =,=

    ReplyDelete
  22. best nyeeeee cite ni...
    name girl ni cm nme smbgn aku ngn si dia..DIYA
    ahakz..kan best lau da smbgn..

    ReplyDelete
  23. korang!!!pe kesudhannya??
    nk tauuuuuu...
    tolongla gtau..
    huhu..

    ReplyDelete
  24. kenapa cari kat popular area penang xde jual pon??/
    cam na nak baca kesudahannya????

    ReplyDelete
  25. damn,,,,i suke giler cter nie..smpi nk nangis rs nya bila baca cter ni...congrats pd penulisnya...!

    ReplyDelete
  26. n a k t a n y e k s u d a h a n n y e a p e?
    t o l o n g a r n a k t a u! ! !

    ReplyDelete
  27. uhuk3......xde bab 16 ekh???wawawawawa

    ReplyDelete
  28. ish.....xtdo agaknye anonymous ni..haha

    ReplyDelete
  29. eeeiii...kena beli ni...mcm best je endingnya...

    ReplyDelete
  30. lau kt syarikat muda osman da x novel ni...best la...nk tau ending dia...

    ReplyDelete
  31. anggur_violet (^_~)March 26, 2010 at 10:20 AM

    npe smua cter x tls kt cni...
    ske ngat ngn cter ni...nk bce lg..i luv charming aka en firdaus..

    ReplyDelete
  32. WAAA!!!!!!
    MANER YANG SETRUSYER?????
    wa!!!! sedap giler citer!!!
    all the best next timee...

    ReplyDelete
  33. dammn,,mne smbgn cter ni???
    waaaaaaa,,,x jd kje aku cm ni
    duk asyk pkir cmne ending cter ni,,
    kak hanni,u dh bjya wt i rse grm,,
    aarrgghh,,kt mne lg nk cri bku ni??
    kt kdai bku x dok lgsung

    ReplyDelete
  34. MASA PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR HARI TU 2 KALI MASUK BAHAGIAN KARANGKRAF DAN ALAF 21 CARI BUKU NI...PENAT GILER 2 JAM MENCARI BUKU NI..TAKDER JUMPA..DH LAH BERASAK DENGAN ORANG RAMAI...FRUST GILER...ALIH2 BILA P OFIS,MEMBER CAKAP BUKAN DALAM KARANGKRAF TP KEDAI DEKAT KEDAI PAMERAN UTUSAN..FRUSTTTTT GILER...KALAU TAUUUUUUU....MELEPAS....

    ReplyDelete
  35. Best la cite nvl ni tak boring bila bc.Romantik giler watak En.Firdaus ni.Rasanya Charming dgn En.Firdaus ni adalah org yg sama.Bila nak sambung cite sampai ending dia.

    ReplyDelete
  36. huhuuhhuu... geramnye kt en. firdaus 2... jeles sngt kt Diya.. nk bce lg, tp x tau nk cari mne... x leh nk study asyik fikirkn citer ni.. bezz sngt!!! novel pling bez pnah sy bce... tahniah kak hanni!! respect r kat akak.. harap bleh jd mcm kak!! ganu kite!!

    ReplyDelete
  37. charming is firdaus

    ReplyDelete
  38. mn bab 16???aduyaii...........

    ReplyDelete
  39. so sweet....en firdaus....:)

    ReplyDelete
  40. adoi..jarang2 leh jupe bos mcm ni..great writing.. i like!!~

    ReplyDelete
  41. ala...bila ley baca lagi next episaod neh:((uwaaaa.....best la citer neh..

    ReplyDelete
  42. ala mane bab 16 x dek kew....da crik kat kdai x dak pon...kak hani bg la kitowang bab 16 hehee...

    ReplyDelete
  43. pleaaaaaaaaaaaaaaaassssssssssseeeeeeeeeeee.....

    ReplyDelete
  44. adeiii citer tgh feel... maner sambungannyer... wahai penulis yg baik hati.. tlg la smbgkan citer nie cepat...:( tq..

    ReplyDelete
  45. L0rh..sdhnye..smbung la lg cte ni..bru nk klimaks 2..p dh hbs..x sy0k la g2..heheheks..smbung la lg k.hani..heheks..l0ve ur st0ry..pergilah air mte p0n bez gk..chaiy0k3x

    ReplyDelete
  46. satu cerita yg menarik...dan tidak terlalu kompleks....cerita ini seolah2 kisah benar...sngt menarik..shingga mmpu mndtgkn bayangan sebenar cerita ini oleh pembaca...

    "biarlah ym itu berbicara..kerna ym itu lah yg menjadi saksi kisah cinta mereka"

    tajuk pown sepadan...

    ReplyDelete
  47. nape xde smbungan nya.. best gilerrrrr....

    ReplyDelete
  48. bapak best citer ni...aq jwb quiz kat fb,nvel ni y sesuai ngan aq.hope...aq pn dpt cm 2..hahahaha...cter2 aq nk jtuh cnte kt sme1 y xserasi ngan aq..pndek kte, gaduh lu sblm cnta..gle an aq ni..tp bg aq, i2 lah y mnriknye..hehhehehe..bia sekse lu ati ni..then cnte membuak2..hahahhaha...nk bli bku ni!!!!!!!!hahahhatp asl la xde smbungan kt cni??klu de, mst best ssgt la....huhuhuhuhu..xtdo mlm aq cm ni..hahahha

    ReplyDelete
  49. en firadaus@charming...am i rite????

    ReplyDelete
  50. mmg wajib beli novel ni...dh jth cnta ngn en firdaus @ charming...best!!!!!!!

    ReplyDelete
  51. novel nie mmg besh..mjadi koleksi sya sblom tido..dh lebih 10x khatam..alangkah indahnyer sya yg jd betty...ngee..pergilah air mata pon best...skrg nk tgu novel sterusnyer plak..

    ReplyDelete
  52. best gler nvel nih
    akk...kt grik ade x novel nih?
    t'cari2 gak sy kt sni...

    ReplyDelete
  53. cita best...tapi cari nvl kat kedai tak jumpe...tapi budak kedai cakap ade sambungan cite nie...betul ke???ape tajuknye...t beli skali.....tp cite ni9e mmg sweet n romantik gler...macam cite manisnya cinta jugak....nie nvl yang best lah....thumb up 4 hanni ramsul....

    ReplyDelete
  54. NAK BELI TAPI XJUMPA NOVEL DAH :( NAK BELI ONLINE POWN XBUKAK2 LG ONLINE CANE NAK BELIIII :((

    ReplyDelete
  55. xpuas baca smpai bab 15 je..nak baca lg..huhu~
    nk kena pergi cari kat kedai buku ni..

    ReplyDelete
  56. citer smpai episod bape ea???

    ReplyDelete
  57. mcm mna nk dptkn novel ni.sbb br je bc.huhu.

    ReplyDelete
  58. novel nie kat kedai buku popular pun ade xsilap. :D

    ReplyDelete
  59. ala,nape still tade sambungan?
    mmg smpai bab15 je ea? T_T
    tak reti nak cari kat mne novel nieyh!

    ReplyDelete
  60. na baceee.na tawu sambungan die~
    ala,bestnye citer nie.suweet sgt ^.^
    mmg gempak gile ar =3

    ReplyDelete
  61. mane nk bli novel ni??? susah ngat nak dpt...

    ReplyDelete
  62. nk p cari la bru bc ckit dh tertarik nih

    ReplyDelete
  63. Boleh beli secara online di www.kakinovel.com

    ReplyDelete
  64. hmmm... ada jumpa novel nie kat porpular tp 2 lah.. time 2 rushing nak balik.. tak sempat beli.. bila dtg balik dah ta de... waaa~~
    ak ske citer nie la sbb ak pon kenal bf ak kat ym n game online... haha pelikkan bole main game online yg same... mmg takdir kami lah... thxx for the story..

    ReplyDelete
  65. huk7 ne yg 16 ase nak ngis je x dpt bce yg seterusnye..
    ase mmg nak gler r bce novel.nape la x ltak kat snie smue episode 2..
    en daus tpi diya kte xde hp sje r 2..
    kalo ske ckp ske npe x ckp ske je ea xyah la dok express through body language ke, body movement ke pe ke..ckp direct to d point je la ag pon diya 2 ase x layak je coz en daus 2 bos die..
    anyway nice and funny story that i have read..best r cter kak hanni from beginng not make reader become bored sbb dri awl2 ag da best...alwaz make me laugh..
    huk7 x sbar nak bce yg sterusnye..
    moga de ag cter yg best...
    ase nak gler dek novel..
    nak beli smue novel r tpi kne 2ggu kje lu skg xleh r x kje ag..
    huhuh sdey tul la x dpt bce cter nie spai abis..

    ReplyDelete
  66. still ad jual keh buku niey?...nak bce cgt cgt niey..grm gler!!.. please!!!

    ReplyDelete
  67. ala... xde smbungn dh ke kak hanni??
    novel ni payah nk jumpe la..
    kak hanni bab 16 till the end ler....

    ReplyDelete
  68. allllaaaa....!!!!!!!!!!!!!
    nape wat smpai 16 jew.....!!!!???????huhuhuhuhu
    wat lah smpai 20...ish, ruginyer...:(
    huhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuh
    aaaaaaaaaahhhhhhhhhh.............!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  69. mana sambungan novel ni... takkan sekerat jalan je. x sabar nak baca biarlah ym terus berbicara

    ReplyDelete
  70. sya nk bce bab 16...
    uwaa!!!nk bli ...kt mne??
    sis HANNI RAMSUL u r dbezz noveliss..
    sya salute...
    sya ske..
    niey 1st tme bce nvel HANNI RAMSUL...
    tebaekk!!!!
    star-10/10...

    ReplyDelete
  71. alamak! xkan sampai sini ajew...best gler cter nih...tp nk cari payah sangat! dah hbs ronda sume kedai buku kt seremban dan senawang

    ReplyDelete
  72. mana nk cari novel ni kat area kuala terengganu?plz..anybody..ade sapa² yg tau x..

    ReplyDelete
  73. arhhhhh besny...sonok bc ase xugi bc

    ReplyDelete
  74. alaaa ! na lgy . plezzz !!! ^_^

    ReplyDelete
  75. novel ni kat rumah..tp sampai sekarang tak terbaca.adoi!!

    ReplyDelete
  76. mmg terbaeklah novel nie...i really2 love it
    :D

    ReplyDelete
  77. ingatkan lasak sgt si diya ni. tgk drh pun takut.

    ReplyDelete
  78. cite ni sweet ar....

    ReplyDelete