.

Biarlah YM Berbicara - Bab 12 3:06 PM

“HEY!”
Aku tersentak.
Sharifah tergelak kecil.
Aku menjeling marah. Ada ke buat aku terkejut kat
sini. Kalau tersungkur aku kat meja ni, tak ke malu?
Sharifah meletakkan dulang berisi KFC di atas
meja.
Aku cuma memandang.
“Kau ni, kenapa? Dah dua hari aku tengok
termenung aja. Ada masalah ke? Gaduh dengan Charming
ya?”
“Mana wedges aku? Kau lupa ya?” soalku pula tanpa
menjawab soalan Sharifah.
Sharifah mendengus. Perlahan dia melabuhkan
punggung ke kerusi.
“Adalah. Kejap lagi dia hantar. Lain orang tanya,
lain yang dia cakap. Tell me… kenapa ni? Monyok semacam
aja aku tengok.”
“Tak ada apa-apalah! Ni… Azman mana? Kata nak
tunggu kita kat sini. Sekarang kita pula yang kena tunggu
dia?”
“Alaaa… tak ke mananya buah hati aku tu. Kejap
lagi sampailah tu. Bukan tak biasa tunggu dia pun, kan? Dari
sekolah lagi, memang dia kaki mungkir janji. Macam tak
biasa pula. Sekarang… kau tu, cepat cerita kat aku. Kenapa
ni?”
“Tak ada apa-apalah!” Aku cuba mengelak daripada
menjawab soalan Sharifah.
Sharifah merenungku tajam.
“Hai… sejak bila pandai berahsia dengan aku ni?
Cepat cakap! Aku tahu ada sesuatu sedang mengganggu kau
ni. Kalau tak penunggu, mesti orang bunian ni,” usiknya
separuh mendesak.
Aku tergelak kecil. Kata-kata Sharifah ternyata
mampu menggeletek hatiku. Melihat aku ketawa, Sharifah
tersenyum kecil.
“Pandai pun senyum. So, sekarang, dah boleh cerita
dah?”
“Kau ni, memang pandai buat lawaklah.”
Sharifah cuma menyambung senyumnya yang
masih bersisa.
“Excuse me. Two large wedges?”
“Yes!” Laju aku menjawab.
Pelayan restoran yang membawa pesanan cuma
tersenyum sambil meletakkan dua kotak wedges di atas meja.

“Thanks,” ujarku sebelum pelayan itu berlalu
bersama senyuman yang manis.
Aku menarik kotak wedges. Mula menyuap wedges
ke mulut.
“Amboiii... dalam termenung, sempat lagi makan
ya? Sampai dua large size pula tu. Dah tu, makan sampai tak
ingat nak pelawa orang.”
Aku tersenyum. Terlupa. Lapar membuat aku lupa
rupa-rupanya ada manusia di hadapanku.
“Sorry. Lupa. Aku laparlah. Dah dua hari aku tak
makan. Kau tahu tak?” ujarku sambil menikmati keenakan
kentang yang bersalut mayonis. Memang sudah dua hari aku
tidak makan. Asyik memikirkan tentang Charming, aku jadi
lupa segala-galanya. Hari ini baru terasa yang perut ini benarbenar
minta diisi.
“Aku tahu. Itu sebabnya aku tanya ni. Apa masalah
kau?”
Aku mengeluh perlahan. Suapan pun mula
perlahan. Aku bersandar ke kerusi. Memandang wajah
Sharifah yang menunggu ceritaku. “Charming...”
“Haaa… kan aku dah kata! Memang aku dah agak
dah! Memang gaduh dengan Charming ni. Kenapa? Dia
marah kat kau, sebab kau tak nak jumpa dia? Itulah… aku
dah cakap, jumpa… jumpa. Kau degil! Sekarang, tengok.
Betul tak aku cakap? Mesti dia marah kat kau punya. Kalau
aku pun, aku marah. Macam nak main-main aja. Silap-silap
kena tinggal terus!” kata Sharifah selamba.
Aku pandang wajah Sharifah tajam. Geram. Belum
pun sempat aku buka cerita, dia sudah pun siapkan satu
karangan untuk aku. Kalau betul tak apa. Ini semuanya salah
fakta.

“Kau… kau… boleh tolong diam tak? Nak dengar
cerita aku ke nak dengar cerita kau ni?”
Sharifah tersengih sambil menutup mulut dengan
jemarinya. “Okey... okey... aku diam. Hah, kau ceritalah!”
“Macam mana aku nak cakap ya?”
“Kau gaduh ke?”
“Taklah! Mana ada gaduh. Cuma, aku terfikirkan
kata-kata kau…”
“Wait. Kau termenung sana, termenung sini, pasal
Charming ke pasal aku?”
“Sherry. Please... kau nak dengar tak nak ni?”
“Okey... sambung.”
“Pasal Charminglah. Aku terfikir kau cakap, mana
ada lelaki yang boleh serius dengan perempuan yang dia tak
kenal. Aku jadi waswaslah dengan perasaan dia kat aku.
Entah-entah dia cuma nak main-mainkan aku tak?”
“Kenapa kau cakap macam tu?”
“Dua hari lepas, dia luahkan perasaan kat aku. Dia
cakap dia betul-betul serius dengan aku. Tiba-tiba, aku jadi
sangsi pula bila dia cakap macam tu. Dia cakap, dia yakin
sangat-sangat yang dia boleh terima aku, walau macam
manapun keadaan aku.”
“Laaa… pulak. Dulu bila dia jarang chat dengan
kau… kau kata dia tak serius. Sekarang ni, bila dia selalu call
kau, chat dengan kau… and, siap luah perasaan lagi, tiba-tiba
kau cakap, dia nak main-main pulak? Tak fahamlah aku
dengan perangai kau ni. Entah-entah kau yang nak mainmain
kut?”
“Mana ada! Aku betul-betul sukakan dia. Itu yang
buat aku jadi takut ni. Takut kalau dia tak serius dengan aku.

Takut kalau-kalau semua yang dia cakap tu, saja nak
permainkan aku. Aku takut nanti aku kecewa sorang-sorang.
Sebab dia cakap macam real sangat. Bila dah real sangat tu,
rasa macam tipulah pulak!”
“Itu sebabnya kau kena juga jumpa dia. Kalau kau
dah betul-betul suka kat dia, aku rasa dia pun tak ada nak
main-mainkan kau kut. Kalau dia nak main-main, mesti dia
dah lama give up sebab kau bukannya nak jumpa dia pun.
Cubalah jumpa dulu. Baru boleh kenal hati budi dia. Lamalama
bercinta macam ni pun, tak elok. Kau tak tahu perangai
dia macam mana. Baik ke dia? Serasi ke dengan kau? Itu
semua kau tak tahu. Tapi, makin lama kau makin sayang kat
dia. Nanti, bila dah makin sayang, keadaan akan jadi lebih
complicated. Kau tahu tak?”
Aku mengeluh panjang. Betul tu. Itu yang buat aku
resah gelisah kini. “Aku tau. Tapi… aku takutlah, Sherry. Aku
malu.. nanti apa dia fikir pasal aku?”
“Laaa… species apalah kau ni. Nak heran apanya
apa kata dia? Dah kau berdua memang fall in love, kan? Duadua
dah sama-sama jatuh cinta. Takkan nak kutuk girlfriend
sendiri kut. Nak kata apa lagi? Jumpa dan kenal hati budi
masing-masing. Mana boleh bercinta macam ni selamalamanya?
Nak kahwin nanti macam mana? Takkan nak nikah
kat YM kut. Bersanding dengan PC? Macam tu?”
Aku tergelak. Bersanding dengan PC? Terbayang
pula kat mata aku, aku ayu berbaju pengantin, kemudian
duduk di sebelah komputer. Ha ha ha… kelakarnya!
Memanglah Sharifah ni pandai membuat aku kembali ceria.
“Kau ni… ada ke situ pula perginya,” ujarku
bersama-sama sisa-sisa gelak.
“Aku cakap, kau gelak. Tapi, cuba kau fikir, kalau kau


terus macam ni. Percayalah, hubungan kamu berdua tak
akan ke mana-mana. Tak akan berkembang!”
“Aku tahu. Tapi, aku memang tak berani nak jumpa
dialah. Aku takut... aku malu…”
“Teruskanlah takut dan malu kau tu. Nanti melepas
baru padan muka!”
“Kalau dia memang saja nak permainkan aku,
macam mana?”
“Sekurang-kurangnya kau tahu. Mana kau nak? Kau
nak tahu dia permainkan kau sekarang, atau kau nak tau bila
kau dah betul-betul tak boleh nak lupakan dia. Then, masa tu
baru kau tahu yang dia cuma permainkan kau? Mana satu
pilihan kau? Mana satu yang lebih menyakitkan?”
Aku termangu. Terfikir kata-kata Sharifah.
Semuanya benar belaka.
“Memang aku dah betul-betul sukakan dia pun.
Dah betul-betul jatuh cinta kat dia. Tak pernah aku rasa
macam ni kat lelaki. Aku rasa, aku memang tak boleh nak
lupakan dia. Itu yang buat aku takut. Takut kalau dia cuma
nak tipu aku. Tak sanggup aku nak berdepan dengan
keadaan tu.”
“Kau kena berani Diya. Ini bukan soal main-main.
Melibatkan perasaan. Jangan sampai kau makan hati nanti.
Cubalah dulu. Bukan tak ada orang yang serius bila bercinta
online ni. Think positiflah. Jangan asyik fikir yang tak elok
aja. Lagipun, kalau kau nak fikir semua benda yang tak elok
ni, kau kena fikir sebelum kau terlajak jatuh cinta pada
Charming tu. Semasa kau mula-mula berchatting dengan dia
dulu. Kalau sekarang baru kau nak fikir semua ni, aku rasa
dah terlambat. Kau kena teruskan juga. Macam mana
endingnya, itu kau kena tawakallah. Harap-harap ending atas
pelaminlah!”

“Kau cakap ni… makin menakutkan akulah. Bukan
buat aku rasa lega. Buat aku makin susah hati pulak!”
“Dah tu kau nak aku cakap apa? Situasi kau
sekarang ni, memang macam ni. Berbahaya. Tak
perpenghujung. Kalau kau masih juga dengan malu dan
takut kau tu, memang tak akan selesai masalah kau dengan
Charming. Hubungan kamu berdua juga, akan terus
tergantung macam nilah!”
Aku diam. Betul kata-kata Sharifah itu. Tapi, apa
yang mampu aku lakukan? Memang aku tiada kekuatan
langsung untuk berjumpa dengan Charming, walaupun
hatiku sudah penuh rasa sayang untuknya. Aku tidak berani.
Aku malu dan aku takut dipermainkan. Susahnya kalau tidak
pernah jatuh cinta ni. Sekali dah jatuh cinta, pada halimunan
pula. Betul-betul dugaan ni.
“Dah… terlopong pulak. Kenapa?” soal Sharifah.
Cepat-cepat aku buat muka ayu. Teremosi pula aku
mengelamun. “Mana ada terlopong?”
Sharifah tergelak sambil mencapai wedges di
hadapanku. Lengan baju kurungnya diselak. Melihat jam di
pergelangan tangan.
“Mana Si Azman ni? Ni yang buat aku rasa macam
nak marah ni,” gumamnya perlahan.
“Alaaa... tak ke mananya Azman tu. Kejap lagi
sampailah tu. Bukan tak biasa tunggu dia pun, kan? Dari
sekolah lagi, memang dia kaki mungkir janji. Macam tak
biasa pula.” Aku mengulangi kata-kata Sharifah padaku,
membuatkan gadis itu memandangku dengan pandangan
geram. Giliran aku pula tersenyum.
“So, macam mana? Apa kau nak buat?”

“Biar takdir yang menentukannya. Tak larat aku nak
fikir. Dan biarlah YM itu yang berbicara. Selama mana dia nak
berbicara…” Aku bersuara separuh bermadah.
Sharifah mencebik.
“Alaaa... senang-senang, kau tutup buku aja dengan
Charming ni. Ambil aja orang kat depan mata.”
“Siapa?”
“Encik Firdauslah!”
“Kau ni. Sempat juga nak menyelitkan Encik Firdaus
tu ya? Tak ada maknanya. Kau tolong jangan buat aku
perasan, boleh tak? Malu sebab jatuh cinta dengan Charming
ni, aku rasa aku boleh terima lagi. Tapi, kalau dengan Encik
Firdaus tu… errr, tak naklah. Malu besar tu. Terjatuh cinta
kat bos sendiri. Dahlah tu, jatuh cinta sorang-sorang pulak
tu. Oh, tidak! What a nightmare! So, please… jangan buat
aku jadi perasan sorang-sorang.”
“Mana tahu kau bertepuk sebelah tangan? Kau tak
cuba pun?”
“Dahlah… tak nak cakap pasal nilah. Tukar topik.
Ada ke nak cuba bercinta dengan bos pula. Kalau dia cuba
bagi surat warning kat aku, macam mana? Tak ke
menggelupur aku nak cari kerja lain?”
Sharifah menjongket bahu tanpa berkata apa-apa.
Cuma sedikit senyuman yang terukir di bibirnya.
Aku turut diam.
“Haaa… tu pun dia. Baru sampai!” Aku bersuara
sebaik sahaja melihat Azman yang tergesa-gesa melangkah
ke arah kami. Buat-buat kelam-kabutlah tu. Lelaki ni…
memang tak pernah berubah.
“Sorry… aku lambat. Sorry sayang. Saya ada hal

kejap tadi,” Azman bersuara sambil memandang ke arahku,
kemudian dialihkan pula ke wajah buah hatinya.
Sharifah menarik muka sambil menjeling.
Aku yang memandang cuma tersenyum. Merajuklah
tu!
“Alaaa… janganlah marah. Betul… tak sengaja,”
katanya sambil tersengih.
“Dahlah Man. Duduk ajalah. Kau punya tak sengaja
tu, aku dengar daripada form two lagi. Dah… dah! Duduk dan
makan aja ayam yang dah tak berapa panas ni.” Aku bersuara
sambil memberi isyarat supaya dia duduk.
Azman tersengih. Perlahan dia melabuhkan
punggung ke kerusi di sebelah Sharifah.
“Sherry, janganlah marah ya? Saya minta maaf.
Betul. Ada hal tadi.” Kali ini bicaranya nampak bersungguh.
“Hal apa?” soal Sharifah sambil menatap wajah
Azman tanpa berkelip.
“Jangan pandang saya macam tu, awak. Tergoda
ni…”
Spontan jemari Sharifah melekat ke belakang
Azman.
Pang! Ha! Kan dah kena lempang?
Aku tergelak.
Azman menyeringai menahan sakit.
“Mengada-ada,” Sharifah bersuara sambil
menggosok telapak tangannya. Pedihlah tu. Lempang Azman
kuat sangat.
“Sakitlah. Tak baik buat kat bakal suami macam ni,
tau!”

“Ala… baru bakal suami. Belum jadi suami lagi. So,
belum dikira derhaka pada suami lagi!”
Azman menjeling. Muka yang tadi manis sudah
menjadi sedikit kelat. Aik! Sekarang siapa yang merajuk,
siapa yang nak memujuk ni? Macam dua-dua dah merajuk
saja.
Aku leka menjadi pemerhati. Kalut betul pasangan
ni. Tersenyum melihat wajah Sharifah pula berubah menjadi
cuak.
“Awak… sorry ya. Sakit ke?”
“Takkk… tak sakit. Best. Tak tahu kena lempang
macam ni, best rasanya?” Azman menjawab soalan bodoh
Sharifah dengan nada sedikit geram.
Aku tergelak.
“Sorrylah… tak sengaja. Awak pun satu. Kenapa
cakap macam tu? Tak malu ke?”
“Laaa... nak malu apanya? Tergoda kat bakal isteri
pun nak malu ke?”
Sharifah diam. Cuma aku perasan wajahnya sedikit
memerah. Malulah tu.
Mood Azman pula, sudah mula baik semula. Sekejap
saja rajuknya.
“Malu pulak…” Azman mula menyakat.
Sharifah menjeling. Tanpa menjawab, dia menarik
kotak wedgesku. Tanpa menghiraukan senyum nakal Azman,
dia terus menyuap kentang wedges ke mulut.
Melihat reaksi Sharifah itu, Azman tergelak.
“Nak kena lempang lagi ke?” soal Sharifah, garang.
“Nak. Tapi, pelan sikit ya. Jangan kuat sangat.
Sakit…”

Sharifah mendengus marah.
Aku tersenyum. Sesungguhnya aku cukup suka
melihat gelagat Azman dan Sharifah. Sejak dari sekolah
sehingga ke hari ini, tingkah mereka tidak pernah membuat
aku jemu.
“Oh, ya Diya! Abang Kamal kirim salam.”
Senyum lebar yang menghiasi bibirku mati tibatiba.
Di mana pula Abang Kamal berjumpa dengan Azman
ni? Waalaikumussalam. Aku menjawab di dalam hati.
“Mana kau jumpa dia?”
“Kat luar tadi. Kat parking.”
“Ha? Dia ada kat sini ke?” soalku terkejut. Tiba-tiba
punggung terasa panas. Nak saja aku lari dari situ.
“Ya. Yang kau terkejut sangat ni, kenapa?”
“Tak ada apa-apa. Dia buat apa kat sini?”
“Entah... mana aku tahu. Tak sempat tanya pun.
Lagipun dia nak cepat. Dia oncall katanya.”
Jawapan Azman membuat aku sedikit lega. “Dia dah
pergilah?”
“Ya. Kau ni, gabra semacam pulak. Kenapa?”
“Tak ada apa-apalah!” Aku menjawab sambil
kembali tersenyum. Selamat! Perlahan aku mengurut dada.
Azman mencebik. Pandangannya dialihkan pula
pada Sharifah. “Awak dah cakap kat Diya ke?”
“Belum. Tunggu awaklah,” kata Sharifah malu-malu.
Azman tersenyum.
“Cakap apa?” soalku hairan.
Azman menjongketkan bahunya sambil mencapai

seketul ayam goreng. Dia tidak berkata sepatah perkataan
pun.
Sharifah memandang wajahku.
“Awak nak cakap ke, saya yang nak cakap ni?”
“Saya nak makan. Awak cakaplah!”
Sharifah menepuk perlahan bahu Azman, membuat
Azman tergelak kecil.
“Apa dia? Cakaplah…”
“Bulan depan kami nak bertunang.”
“Oh… tahniah! Tahniah Man. Tak sabar nak tunggu
ni…”
Sharifah tersenyum bahagia.
Azman turut tersenyum sambil menatap wajah
Sharifah.
Nampaknya tidak lama lagi teman baikku ini akan
menamatkan zaman solonya. Tinggallah aku seorang diri
nanti.
“Lama ke korang nak bertunang?”
“Entah. Belum bincang dengan mak aku lagi pasal
tempoh tu. Tapi, mesti dia orang tak bagi lama-lama,” Sharifah
membuka cerita.
“Saya pun tak nak lama-lama. Kalau boleh tak nak
bertunang pun. Terus kahwin, kan senang,” Azman
menyampuk sambil meratah ketul ayam yang kedua.
Aku tergelak.
“Apa pulak tak payah bertunang? Ingat kahwin
koboi ke apa?” soal Sharifah marah.
Azman tersenyum panjang.

“Baguslah tu. Tunang lama pun buat apa? Baik
kahwin cepat-cepat,” sampukku.
“Itulah. Aku setuju cakap kau, Diya. Kau bila pulak?
Takkan nak tunggu dapat title andartu baru terhegeh-hegeh
nak cari calon. Jangan jual mahal sangat,” Azman bersuara
lagi.
Mak oiii Azman ni, kalau bercakap tak reti nak
bertapis. Sama saja dengan Sharifah.
“Nantilah. Kalau ada jodoh, adalah. Kalau nak cari
sana sini, tapi, memang dah tertulis aku ni akan jadi anak
dara tua, tak guna juga.”
“Hish!!! Macam marah aja bunyinya.”
“Yalah. Suka-suka aja kau nak kutuk-kutuk aku!”
“Bukan kutuk. Ingatkan…”
Aku mencebik. Deringan telefon bimbitku
menghentikan bicara. Aku buka beg. Melihat siapa yang
menelefon. Charming. Nak jawab ke tidak?
“Siapa?” soal Sharifah.
Telefon aku matikan. Nantilah aku telefon semula.
“Tak ada siapalah. Kat mana kita tadi?” jawabku
sambil menyimpan semula telefon bimbit.
Sharifah cuma mengangkat kening. Tanda tidak
percaya dengan kata-kataku.
Aku tersenyum. Nantilah Sharifah. Takkan nak
cakap kat depan Azman ni. Malulah aku!

4 comments:

Anonymous said...

ala, knpe was-was lg ni... jumpe je la..

aleeya moonierah said...

such a cute story..

Anonymous said...

ct izumi....

tlg la, jgn bg suspen sgt n plz just meet him

Anonymous said...

kdang2, rasa macam si diya ni bongox pulak.. huhuhuhuh

Post a Comment

Pembelian Secara Online

Anda Boleh membeli secara online melalui ((klik disini))