Menarik Klik Di BawahPengumuman
Dapatkan Di Pasaran. Di kedai-Kedai Buku Berhampiran Anda. Bagi Yang Mencari buku ini dikedai-kedai berhampiran anda, tapi kehabisan stok ataupun tiada. Dapatkan Melalui Penerbit kaki Novel , melalui pembelian Online ((klik disini))
Biodata PenulisNama penuh : Rohani binti Sulong Nama pena : Hanni Ramsul Asal : Terengganu Menetap : Selangor Sekolah : Bersekolah di Sek Men Keb (A) Durian Guling & Sekolah Menengah Padang Midin (STPM) Taraf pendidikan : ijazah sarjana muda pengajian maklumat ( UITM ) Rahsia Nama Pena : Sebab ianya merupakan gabungan nama sendiri (Hanni) dan Ramsul ( Ram dari Ramlah, Sul dari Sulong) Siapa mereka? Sudah tentu dua insan istimewa yang membawa saya melihat dunia ini. Mak dan arwah ayah. Biarlah YM Berbicara 1 -15 BabBiarlah YM Berbicara - Bab 2 Biarlah YM Berbicara - Bab 3 Biarlah YM Berbicara - Bab 4 Biarlah YM Berbicara - Bab 5 Biarlah YM Berbicara - Bab 6 Biarlah YM Berbicara - Bab 7 Biarlah YM Berbicara - Bab 8 Biarlah YM Berbicara - Bab 9 Biarlah YM Berbicara - Bab 10 Biarlah YM Berbicara - Bab 11 Biarlah YM Berbicara - Bab 12 Biarlah YM Berbicara - Bab 13 Biarlah YM Berbicara - Bab 14 Biarlah YM Berbicara - Bab 15 Beli Secara Online
Anda Boleh membeli secara online melalui
((klik disini))
Borak-BorakPromote kepada Kawan-KawanUntuk Pembelian Offline
Dapatkan novel biarlah YM berbicara dikedai-kedai berhampiran anda. Insyallah Kedai-kedai lain di seluruh Malaysia, seperti MPH, Popular dan lain-lain boleh dibeli sekarang.
Muka DepanKomen Pembeli
Tulip Purple...
suka suka suka..
excited bila keluar versi cetakan..
dah berjaya abis baca..
nak senyum je rasa..
suka dengan ayat dan bahasanya..
tersusun.. tdk terlalu skema atau pasar..
puas hati sangat!!
Anasue... anna pun dah habis baca...ok citer dia bahasa santai... senyum je masa membaca and ana rekomen kat anak membaca release tension lepas dia ujian br ni hh_hs aku pun suka sangat ngan novel ni. sampai rasanyer x terkira berapa kali dah dok ulang baca. suka ngan ayat2 yg digunakan... dari mula sampai abis baca novel ni x henti2 senyum dan gelak sorang2. kene lagi bila dok bayangkan diya tu dok bergayut2 kat atas pokok , mmg lawak... cheduk... memang bes, masa baca asyik tersenyum2 je. hehehe tahniah hanni Songketenun79... aku cadangkan korang kena baca lah buku ni....punyalah kuat aku ketawa..kelakar betul....memang tak leh letak bila dah start baca aku baru baca m/s 355 lom abis lagi ni... actually utk mereka yg suka citer berat mmg tak sesuai tapi utk yg nak santai dan hilangkan stress aku suka korang baca buku ni ... Nurina... hehehe.....best baca novel ni.... saya dh khatam... lawak gilerrrr....mmg bole wat utk release tension... gaya bahasa yang bersahaja.... TAHNIAH buat penulis.... saya menanti terbitnya novel ke dua & seterusnya dari anda... Antara sebahagian komen pembeli yang di ambil dari laman forum cari.com.my Komen Pembaca Sebelum Publish
ANITA ARUSZI said
hanni, congrat sebab BYMYB akan diterbitkan..sy selalu baca kt sini n ur punya talent is quite good. kalu keluar kt pasaran, definitely sy akan beli. hehehe tahniah dear... Tanpa Nama said… bila novel nie akan diterbitkan arr? keluaran mana? teringin gak nak wat koeksi... harap2 penulis dapat war2kan kat sini apabila cite nie dah diterbitkan ye... Ummihana said I like d story....sama mcm saya...selalu merungut kalau ada kekuarangan suami...asyik nk merajuk, sampai lupa kelebihan suami... dan saya pun suka bacer komen2 di atas ni...kita org pompuan ni mmg best kalau ada suami yg memahami..walaupun kena rapping eyerien said wow...amazing story...looks like real...good job...congrate for excellant job and story.... atashinci said… best....nye....hanni cept2 tamatkn citer ni...xsbr nak tau ending xmau charming 2 abg kamal... nak tiya n en. firdaus gak aqilah said …aahlah hanni, awak suka bg kitorang suspen tau.At last, mengaku jugak en. firdaus tu kat adiya. adiya lak malu2 kucing, mahu tapi malu. en. firdaus kenalah beritahu kat adiya yg charming tu dia ni tidak. lambat betullah en. firdaus ni. anyway, mmg best!!!!!!!!!!! -ctieey_78- said… assalamualaikum... ani...sukanya cite ni. best terasa seperti terawang2. pulak tu buat sy tersengih sorang2 depan pc. bila nak sambung... cepatlah sambung... suspen sungguhla... sapalah charming kan... kan..kan... anyway teruskan perjuangan awak... good luck.- dyea said …yeah..stuju citer ni dipublishkn.. mmg best bangat. Hanni. make sure happy ending tau. & mau tiya & firdaus ya. chocolate cadbury said… suspen2...cpt la smbg cite ni hanni..x saba nk tau kesudahan ni..ape la agaknye yea..best2!! aqilah said… walau apapun, hanni, you mmg ada bakat sebagai seorang penulis dan mungkin akan berjaya seperti mereka antaranya F. Ashari, N.B. dan yg muda seperti Damya Hanna. All the best! Komen di atas di ambil dari komen pembaca Biarlah YM Berbicara di blog penulisan2u.. banyak lagi komen dari pembaca ada disana. PenerbitNo. 33-2, Jalan Wangsa Delima 12 D'Wangsa, 53300, Wangsa Maju Kuala Lumpur Tel: 603 - 4149 0096 Faksimili: 603 - 4149 1196 Pengedar71GF, Jalan 1/18A, Taman Mastiara, Off Jalan Ipoh, Batu 5, 51200 Kuala Lumpur Tel : 03 - 6258 1194 Faksimili : 03 - 6258 1196 Usahasamawww.penulisan2u.my www.penulisan2u.net Lagu TemaTERBITAN |
Biarlah YM Berbicara - Bab 7 | 3:26 PM |
Filed under:
|
DUA hari berlalu sejak insiden
drama romantik antara aku
dan Encik Firdaus. Dua hari itu
jugalah mulut murai sebelahku ini tidak berhenti bertanya
itu dan ini. Betul-betul buat aku rimas. Hilang tumpuan aku
gara-gara mulut kecil ini. Tumpuan apa? Tumpuan bercinta
dengan Charminglah.
Di rumah, tumpuan bicaraku dengan Charming
terbantut di hujung jari. Di pejabat pun sama. Gangguan
yang sama daripada mulut yang sama. Itu belum masuk lagi
pesanan ringkas dan deringan tidak berangkat daripada
Abang Kamal. Banyak sungguh halangan untuk kita bersama,
Charming. Aku mengeluh sendiri. Menunggu untuk
beberapa ketika lagi di hadapan komputer sebelum aku
beredar ke bahagian production.
“Diya!”
Aku tersentak. Dengan malas aku pandang wajah
Sharifah yang sudah menyinga.
“Apa dia Sherry? Mulut kau ni, tak reti penat ke?”
Sharifah mencebik. Dari mejanya, dia menghayun
langkah ke arahku. “Aku tak akan penat selagi kau tak cerita
habis pasal tu!”
“Nak cerita apanya? Tak ada apa-apalah. Kan aku
dah beritahu hari tu. Kita orang terlanggarlah. ‘Ter’… kau
tahu tak makna ‘ter’? Kalau kau tak faham, orang putih cakap
accident. Faham tak?”
Sharifah mencebik. “Itu aku tahulah. Tapi, takkan
setakat tu aja? Aku tengok Encik Firdaus tu pun dah lain
macam aja tengok kau. Kuch kuch ho ta hai kut. Apa kata
orang tu… dari mata terus turun menusuk hati. Aduh!”
“Ek? Kau memang. Semua orang lain macam di
mata kau. Malas aku nak layan kau. Charming ni pun satu...
mana dia pergi ni. Tak muncul-muncul lagi. Ini semua kau
punya pasallah! Asyik tanya pasal Encik Firdaus aja…” Aku
merungut sambil mengangkat punggung.
“Apa pulak kena-mengena antara aku dengan Encik
Firdaus dan Charming kau tu? Kalau kau, lainlah. Kau rebutan
antara dua jejaka tu,” Sharifah menjawab dengan gaya
seorang sasterawan.
Geram aku hilang melihat gelagatnya. Timbul pula
rasa lucu yang menggeletek jiwa.
“Yalah. Pasal kau asyik tanya aku pasal bos kita tu,
dua kali aku tertaip nama Encik Firdaus dan terhantar kat dia
tau. Dua kali jugak dia tanya aku siapa Encik Firdaus tu.
Tengok… dua hari dia tak online langsung. Tentu dia marah
kat aku. Tak pun dia ingat aku ni, cuma nak main-mainkan
dia. Geram betul aku!”
Sharifah tersengih.
“Kau geram kat siapa? Kat Charming ke?” soalnya.
54
“Kat kaulah!”
Sengih Sharifah makin lebar sambil menggigit jari
dengan muka takutnya.
“Sorrylah. Tapi, salah kau juga. Aku tanya sekali
kau tak nak cakap. Tu yang terpaksa juga kacau kau dating
tu,” Sharifah bersuara bersama gelak besar.
Aku menjeling. Aku sembang online, dikatanya
dating? Betullah budak Sharifah ni.
Aku baru hendak melangkah apabila tiba-tiba satu
Window kecil muncul di skrin komputer. Senyumku
memekar tiba-tiba. Langkah terhenti, dan aku duduk semula.
Tiba-tiba alam kurasa dipenuhi bunga-bunga yang berwarnawarni.
Sama seperti perasaanku saat ini. Berbunga-bunga.
Charming: BUZZ!!!
Charming: Hai sweet!
Senyumku makin lebar. Siapalah yang dapat
kugambarkan perasaanku saat ini. Seronok dan bahagia
bercampur menjadi satu. Tidak dapat aku nafikan lagi. Aku
memang sudah terpikat pada Charming. Benar-benar
terpikat!
“Amboi, muka… terus berseri-seri!” sakat Sharifah
bersama senyuman yang tidak kurang lebarnya.
Aku menjeling. “Jangan kacau aku. Kalau dia offline
lagi, siap kau!”
“Aik! Charming kau yang buat perangai, aku pulak
yang kena marah!”
Aku senyum sambil membuat isyarat menyuruh
Sharifah berlalu dari mejaku. Dari pagi sampai tengah hari
sibuk dengan kerja. Walaupun aku cuma bekerja dengan
separuh hati sahaja. Kerana separuh lagi, aku guna untuk
memikirkan tentang Charming. Jadi, saat ini tidak akan aku
sia-siakan.
Sharifah jelirkan lidah sebelum berlalu.
Dan aku tergelak kecil.
Charming: BUZZ!!!
Charming: Ada ke tak ni?
Ugly Betty: Ada. Mana U pergi? Lama tak online…
Charming: Lama ke? Mana ada? Baru semalam I x
ada. Ni, I dah datang balik.Kenapa? U rindu kat I ke?
Aku tersengih. Memanglah aku rindu. Rindu sangat
nak baca bait-bait bicaranya. Suka mengulit perasaan sendiri
dengan bicaranya yang romantik dan bersahaja.
Charming: Diam pulak dia.
Ugly Betty: Kalau I rindu pun, rindu sorang2 jer...
Takkan U nak rindu kat halimunan macam I ni.
Charming: Halimunan?
Ugly Betty: U yang cakap hari tukan? I ni macam
halimunan. Ada dalam tiada.
Charming: Halimunan pun halimunan la. Nak buat
macam mana? Dah nasib I jatuh cinta dengan halimunan.
Terimalah seadanya...
Aku tersenyum. Jatuh cinta konon. Meskipun di
dalam hati ada getar halus yang mengusik jiwa. Tetapi, aku
kena realistik sikit. Mana ada lelaki senang-senang nak jatuh
cinta pada seorang gadis yang tidak dia kenali. Kalau aku,
lainlah. Aku ni perempuan. Perempuankan jiwanya halus.
Aku tergelak kecil.
Ugly Betty: Jatuh cinta? Senangnya U jatuh cinta.
Kenal tak… tiba-tiba cakap jatuh cinta kat I.
Charming: Kenapa? U x percaya ke? Kalau sekarang
U bagi alamat rumah keluarga U, sekarang juga I pergi
meminang. Serius ni!
Aku cuma tersenyum panjang.
Charming: Senyum pulak. Senyum buat apa?
Bagilah alamat family U. Nanti I hantar rombongan
meminang. I tak main-main. Serius ni!
Senyum di bibir mati tiba-tiba. Macam biasa,
Charming dengan misterinya. Dan, betul ke Charming serius?
Aku jadi buntu. Tidak tahu bagaimana hendak membalas
bicara jejaka ini. Sudahnya aku cuma menggaru dagu
perlahan-lahan. Mencari ilham.
Charming: Cakaplah…
Ugly Betty: Cakap apa?
Charming: Alamat U la, sayang.
Ugly Betty: Hmmm... ingatkan apa la tadi. Dah
cakaplah... tp, U x dengar kut
Aku senyum.
Charming: Kalau macam tu, type…
Ugly Betty: Hehehe
“Lebar senyum, nampak?”
Fokus aku terganggu lagi. Geramnya! Kenapalah
selalu macam ni. Aku berpaling.
Senyum Johan melebar, bersama sengih Damodar
di belakangnya.
Aku turut tersenyum panjang. Lupa. Sepatutnya
sekarang aku ke production department berjumpa dengan
Johan. Cuma itu yang mampu aku hadiahkan pada lelaki ini.
Minta maaf la banyak-banyak. Saya lupa!
“Kita tunggu dia kat sana, sampai berasap
punggung. Kata pukul sebelas, sekarang dah nak masuk
lunch dah ni,” Johan bersuara sambil bersidai di mejaku.
Cepat-cepat aku minimize Window Charming. Maaf
Charming, gangguan lagi! “Sorrylah. Saya betul-betul sibuk
tadi. Baru nak pergi ni haaa.”
Johan senyum. “Tak apa. Diya punya pasal, saya tak
boleh marah.”
“Joe… kasi duduk jauh-jauh. Nanti ada orang marah
U tau.”
Aku pandang Damodar yang tersengih. Tak sayang
mulut betul Nepal ni. Geram pula aku melihat senyumannya.
Lebih geram lagi apabila kata-katanya itu disambut derai tawa
Sharifah.
Johan cuma tersenyum kecil. Matanya jatuh ke
wajahku. Memandang dengan pandangan yang selalu dia
hadiahkan untuk aku.
“Patutlah tak pernah nak layan kita,” Johan
bersuara bersama senyuman kecil. Antara nampak dan tidak
nampak.
Aku diam. Ini semua pasti mulut Damodar yang
buat kerja. Cepat betul berita tersebar.
“Mana ada? U ni Damodar... pandai aja reka cerita
ya?” marahku pada Damodar.
Damodar tersengih panjang.
Johan turut tersenyum walaupun senyumannya
tidak seceria mana.
“Nah!” Dia bersuara sepatah sambil menghulurkan
sekeping disket bersama beberapa keping kertas laporan
bulanan untuk production department.
Aku tersenyum kecil. “Menyusahkan awak aja. Tak
payah hantar pun tak apa… saya boleh pergi after lunch.”
Johan cuma tersenyum kecil sambil menjongket
bahu. “Small matter la. Lagipun, memang nak keluar lunch
pun. So, bawa sekali. Nanti, kalau ada kerja tak payah nak ke
sana ke sini. Ya tak?”
Aku cuma mampu senyum. Dia ni, perli aku ke?
“Ke… nak tengok muka, Joe?” duga Sharifah.
Aku berpaling. Merenung tajam ke arah Sharifah
yang tersengih.
“Tu pun satu sebab jugak, Sherry. Walaupun orang
tu tak sudi kat kita, tapi kalau hati kita dah berkenan…
teringin jugak nak tengok muka tu,” balas Johan sambil
mengangkat kening padaku dengan muka yang sedikit serius
dan sedikit bergurau.
Membuat aku sendiri keliru. Mamat ni, serius ke
bergurau? Tapi, lupakanlah. Bukan benda penting pun. Apa
yang lebih penting, saat ini aku menunggu dua lelaki ini
berlalu, supaya aku boleh berbicara dengan Charmingku
secara tenang dan aman. Tanpa sebarang gangguan.
“Jom, Diya. Kita keluar lunch.”
Aku termangu. Dengan cukup bersahaja Johan
mempelawa aku. Aku menggeleng perlahan. “Tak apalah.
Terima kasih. Saya kenyang…”
“Kenyang ke tak sudi nak keluar dengan kita?”
Aku senyum kecil. “Betul. Saya kenyang. Terima
kasih ajalah ya?”
“Tu la kau. Aku ni yang lapar, kau tak nak ajak.
Pergi ajak orang yang dah kenyang tu, buat apa?” Sharifah
menyampuk lagi.
“Ajak kau buat apa? Perabih duit aku aja. Ajak Diya,
tak apa... boleh tenangkan jiwa aku yang gundah gulana ni.”
Sharifah mencebik.
Johan tersengih.
Aku pula termangu. Bengang dengan situasi yang
asyik memisahkan aku dengan Charming.
“Joe, cepatlah! Itu hero sudah datang. Nanti kalau
kena marah, aku tak tahu!” Damodar bersuara tiba-tiba,
dengan gaya Bahasa Melayu aras tingginya.
Aku tergelak mendengar kata-katanya. Dalam
gelak, aku pandang ke arah Damodar. Tidak faham dengan
kata-kata lelaki itu.
Johan pula buat-buat tidak dengar.
“Ek hem… sibuk nampaknya. Ada mesyuarat ke?”
“Tak adalah bos. Mahu pergi makan jugaaa!” Cepatcepat
Damodar menjawab pertanyaan Encik Firdaus.
Johan yang membelakangi Encik Firdaus segera
mengangkat punggung dari meja.
Aku pula, segera tunduk tatkala Encik Firdaus
sudah tercegat di hadapanku.
“Bila kantin kita tukar ke sini? Tak tahu pula saya.”
Johan tersenyum kecil sambil menggaru kepalanya
yang tidak gatal. Rambut dah ala-ala rambut Mawi, mana
datang gatalnya.
Encik Firdaus turut tersenyum walaupun tidak
cukup lebar untuk melegakan hati pekerja-pekerjanya ini.
Encik Firdaus ni, dalam senyum pun sempat nak menyindir.
“Hantar report kat Adiya, Encik Firdaus,” Johan
memberi keterangan secara terperinci.
Mendengar namaku disebut, aku mengangkat
muka. Aku tersenyum kecil pada Encik Firdaus. Hakikatnya,
baru hari ini aku bertentang mata semula dengan Encik
Firdaus. Dua hari aku mengelak daripada bertemu
dengannnya. Sebabnya, malu belum surut di hati ini.
“Oh… so, you dah lunch ke Joe?”
“Nak pergi la ni. Jom, Dam!” Johan bersuara sambil
mengajak Damodar.
“Diya? Dah lunch?”
“Dah,” bohongku sepatah. Laju pula tu meluncur
dari bibir.
Encik Firdaus memandang dengan pandangan tidak
percaya.
Aku tersengih. Bagaimana dia mahu percaya?
Lunch time baru bermula, aku boleh cakap sudah makan
tengah hari. Kalau cakap ‘belum kenyang lagi’ bolehlah
diterima. Lantaklah! Dah terlajak kata, mana boleh diundurundur.
Buat muka sardin sudahlah depan bos handsome ni.
“Dahi awak tu… merahnya tak hilang lagi ya?”
Encik Firdaus bertanya sambil sedikit menunduk. Memerhati
dahiku dengan lebih dekat.
Jari-jemariku cepat-cepat menutup dahi. Ish! Encik
Firdaus ni, boleh perasan pula dia. Malunya aku. Dalam
berdebar dan malu, aku tidak tahu wajahku bertukar ke
warna apa. Entah-entah warna hijau tak? Lebih-lebih lagi saat
itu juga mata Johan dan Damodar turut melekat di dahiku.
Melihat tingkah kalutku, barangkali, Encik Firdaus
tersenyum lebar. Hmmm… bergayanya senyuman dia. Dan
aku… aku pandang ke bawah meja.
“Balik tuam dahi tu.”
Aku cuma pamerkan sebaris gigi yang tersusun rapi
buat Encik Firdaus.
Lelaki itu pula mengangkat kening sebagai balasan.
Membuat jantungku tiba-tiba berdegup kencang.
Dan saat itu juga, aku terpandang wajah Johan yang sedikit
berubah. Perlahan-lahan dia mengatur langkah.
“Joe, awak makan kat mana?”
“Kat luar Encik Firdaus. Dengan Dam ni.”
“Jomlah. Pergi dengan saya sekali. Saya pun nak
keluar lunch ni.”
“Eh, tak apalah…”
“Ikut ajalah. You pun Damodar. Girls? How about
you?”
Aku cukup laju mengeleng dan Sharifah pula, turut
menggeleng perlahan apabila melihat gelenganku.
Encik Firdaus tersenyum kecil.
“Nak buat macam mana, orang tak sudi. Jomlah
kita pergi,” ujarnya sambil mengatur langkah.
Johan dan Damodar menyusul di belakang.
“Jangan lupa tu…” Encik Firdaus sempat berhenti
di pintu utama pejabat sambil berpaling menunjukkan
dahinya. “Tuam selalu!”
Aku tersengih lagi.
Encik Firdaus tersenyum sambil berlalu.
“Kau ni, kalau tak… boleh makan free. Mesti
tempat best-best tu dia orang pergi makan,” Sharifah
menyuarakan ketidakpuasan hatinya sebaik sahaja ketiga-tiga
lelaki itu hilang di mata.
Aku kerutkan kening. Ada ke marah aku pulak!
“Kau nak ikut, ikut aja la. Aku tak larang pun!”
tukasku bersahaja.
“Yalah. Aku sorang perempuan, seganlah…”
Aku tersenyum sambil mengangkat punggung.
Window Charming sudah lama menyepi. Pasti lelaki itu
sudah tiada. Perlahan aku menutup Window itu.
“Jomlah!”
“Pergi mana?”
“Makanlah. Aku belanja. Tapi, kat kantin ajalah.”
Sharifah tersengih.
“Okey... no hal! Ini yang aku tunggu-tunggu ni.”
“Memanglah aku belanja… tapi kau yang bayar,”
ujarku bersama gelak jahat.
Sharifah mendengus marah.
Dan aku menyambung gelakku sambil berlalu.
“You girls… nak ke mana tu?”
Langkahku terhenti serta-merta. Buk!
“Adoi!!!” Sharifah menjerit sakit.
Aku tergelak. Walau ada rasa sakit di belakangku,
dek dilanggar oleh Sharifah, namun rasa lucu lebih ketara di
hatiku.
“Kau nikan… nak berhenti tak reti-reti nak bagi
signal ke?” marahnya sambil menggosok hidungnya.
“Kau ikut dekat sangat,” ujarku masih lagi bersama
gelak lucu.
“You ni, Adiya… suka berhenti mengejut macam ni
ya? Patutlah hari tu boleh accident dengan bos.”
“Betullah... sakit hidung aku tau!”
Aku mengulum senyum. Cuba membuang rasa geli
hati.
Sharifah masih menggosok hidungnya.
Kak Lisa tersenyum kecil.
“You all nak ke mana ni?” tanya Kak Lisa.
“Lunch,” jawabku sepatah.
“Ikut... I belanja. There’s something I nak discuss
dengan you, Adiya.”
Ha? Kak Lisa nak bincang sesuatu denganku? Apa
dia? Macam serius saja nadanya. Ini yang buat aku jadi seram
sejuk ni. Darah gemuruhlah katakan.
“Hal apa kak? Encik Firdaus nak meminang Diya?”
“Hey!” Aku terjerit tiba-tiba tatkala mendengar
soalan Sharifah. Terkejut dengan soalan berani mati gadis itu.
Budak ni, memang nak kena cili mulut ni.
Kak Lisa tergelak mendengar soalan itu. Atau… dia
tergelak melihat aku yang terkejut tahap cimpanzi itu?
Entahlah… aku tak tahu. Yang penting, tiba-tiba aku dilanda
rasa ingin tahu.
“Lebih kurang macam tu la,” balas Kak Lisa
bersahaja.
Aku ternganga. Memang suspen ni. Sharifah? Tak
usah ceritalah... Dia yang terlebih suspen!
“Jom!” ajak Kak Lisa sekali lagi.
“Okey…okey… jom Diya!” sampuk Sharifah sambil
menarik tanganku.
Aku cuma menurut dengan perasaan yang serba
tidak kena. Pandai betul Kak Lisa buat aku nervous. Nervous
tahap cipan ni.
0 comments:
Post a Comment